Nama :
identiti dirahsiakan
Tahun Pengajian :
4tahun
Nama Institut Pengajian :
UM
Nama Kursus Pengajian :
Bachelor in Urban & Regional Planning
Cerita :
1. program perancangan bandar ni merupkan course dlm fakulti alam bina. fakulti alam bina juga dikira baru didalam UM. bukan sahaja fakulti, bangunan dan fasiliti semuanya baru memandangkan sebelum ini berkongsi dgn bangunan kejuruteraan. Courre ni jugak adalah yg paling baru di dlm fakulti Alam Bina UM. (sebelum ini berada di fakulti Sains Sosial).
2. Core subject adalah subject studio yg mana mengambil 6 kredit hour. dekat course ni boleh ckp semua ada: law, math, design,etc etc.) yg bestnya, final paper tak banyak. cuma kerja studio tu agak byk sbb studio tak de final paper. ( assigment and last project adalah markah final). subject lain tu adalah termasuklah subjek universiti. Tenaga pengajar juga tak ramai sbb course masih baru. Jgn pelik sorang lecture ajar 2 3 subjek satu sem. Dan, sebahagian lecture berada di alam bina manakal sebahagian lagi di Fakulti Sains Sosial memandangkan adala lg final year student course ni kat sana. adalah sikit perbezaan subjek dgn mereka. tak slah, mereka takde studio. oh sebelum lupa, jgn terkejut kalau ramai drpd intake2 UM adalah budak PASUM or PABUM. diploma, poli, matric tak seramai mereka. tp takpe, pandai2la berkawan dan cari kawan.
3. pakaian? pakailah apa yg nk dipakai :) tak salah, IPT awam UM la plg longgar. yg penting, bersesuaian dan tak terlalu menjolok mata. Takde dress code lansung, so bebas la nk pakai jeans ke tshirt ke dari isnin smpai la jumaat. dalam studio selalunya lecturere kan tegur suruh pakai kasut bertutup. thats all.cuma, kadang2 ada jugak kena ikut protokol mcm ada profesoor luar dtg ke, ada presentation ke pakaila smart2.plus, pemakaian coat berserta high heel bg ladies amat digalakkan. utk pengetahuan, fakulti ni jugak la budak2 dia agak pandai dress up :)
4. pengangkutan? ada je bas ke fakulti cuma perlu jalan kaki sikit la. tp student yg ada kad bes je boleh naik. kad bas,bukan kad matric. its two different thing. for your info, first & 2nd year student DILARANG bawak kereta dalam UM.plus, 1st year student wajib menginap hostel mcm mana pun. tapi as I mention earlier, subject studio require lots of time, so mungkin akan balik 2 3 pagi. berjalanla kalau sanggup. kalau nk bwk transport jugak, pandai2 sendirikla ye :) nak ke bandar? UM di tengah KL yaww. jgn risau, bas city liner kke Stesen U ada, Rapid ada, LRT ada, tak pun taxi every hour lalu. xsusah.sedia duit je.
5. semua fakulti ada sediakan kafe. Kolej pun ada sediakan kafe. malay ada, western ada, arab ada, Iranian ada, cuma pandai2 la cari kalau nk yg sedap. kalau demand lebih, pergi Mid Vallley,(dlm 5 minit je pon kalau tak jammed), makanla ape korang nak. tak kebulur tak kat sini.
6. tips belajar? belajarlah! korang dah belajar dari pra sekolah so dah faham sgt kan teknik pe benda alah tu. oh, anugerah DEAN bukan 3.5 utk alam bina, tp 3.7. study smart :)
7. lain2 maklumat: since UM ditengah bandar, pandai2 jaga diri. main gate 24 hours open for all. so berhati hati. jaga keselamatan diri anda, hargai nyawa anda dan INGAT! diri anda begitu berharga, ingatlah orang2 yg tersayang. :) *peace*
Tips :
dah mention tadi kan, shuttle bus( city liner) ada (bermual dari A-E: different route), rapid KL ada, taxi ada, stesyen LRT terdekat adalah stesen U :)
©2012, copyright KOMUNITI PELAJAR SEKOLAH






0 ulasan:
Catat Ulasan